Tajuk Utama

Thursday, October 8, 2009

KEPADA SI PENERIMA DAN PEMBERI HANTARAN

“Sayang, tengok ni!!! Cantiknya Al-Quran ni. Warna keemasan. Sesuai untuk kita buat hantaran!!!” pekik Jamilah kepada Nabil. “Yang ni pun cantik juga... Warna unggu keemasan. Mana satu kita nak beli ni???!!!” balas Nabil. Mereka sedang asyik mencari bahan-bahan untuk dibuat hantaran. Tinggal satu lagi yang masih dicari-cari iaitu Al-Quran yang bakal dijadikan hantaran.

“Tapi, yang ni lagi best, ada terjemahan arab” keluh Jamilah. “Alaaa... Awak bukan reti pun bahasa arab,” jawab Nabil. Tergelak Jamilah. Berbahagia rasanya dapat calon suami seperti Nabil. Prihatin.

“Apa yang saudara cari tu. Nampak seronok saya lihat,” tegur pakcik berbaju putih. Jaluran baju ke bawah menampakkan lagi seri wajah seorang pakcik berusia lingkungan 40-an. “Oh, kami cari Al-Quran. Nak buat hantaran. Maklumlah, nak bina masjid,” sengih Nabil. Jamilah ikut senyum tidak jauh dari situ.

“Oh. Bagus lah. Anak ni selalu baca waktu bila?” pakcik menyoal sambil tersenyum. “Aaa... Aaa... lama dah saya tak baca, pakcik” teragak-agak Nabil menjawab. Jamilah sudah di sebelah rak yang lain. “Kalau gitu, tak perlulah beli Al-Quran kalau sekadar hantaran. Kesian Al-Quran. Itu bukan kitab hiasan, nak” tegur pakcik berhemah. “Alahh pakcik ni. Kacau daun pulak urusan orang muda. Kami beli ni nak baca la!” tiba-tiba Jamilah muncul dengan jawapan selambanya.

“Oh, baguslah. Kalau gitu beli lah tafsir Ar-Rahman. Ada tafsiran lagi,” cadang pakcik. Mukanya nampak seperti orang-orang ahli masjid. “Alaa... Besarlah pakcik. Kami nak pilih ni. Kiut lagi,” senyum Jamilah mengangkat bungkusan Al-Quran warna unggu keemasan. Saiznya kecil. “Jangan lupa baca ya...” pesan pakcik dengan selamba sambil meninggalkan pasangan tersebut.

“Sibuk je la pakcik tu” Jamilah mengomel. Nabil kelihatan serba salah. Mungkin ‘terpukul’ dengan kata-kata seorang pakcik yang muncul secara tiba-tiba.

....................................

Hari yang dinantikan sudah tiba. Mereka sudah bersolek. Hari nan indah. Terlalu indah buat pasangan teruna dan dara yang bakal disatukan. Nabil dan Jamilah tidak sabar-sabar menantikan ucapan indah tersebut. Pak imam baru sahaja sampai.

“Assalamualaikum semua” ucapan salam Pak Imam bergema. Nabil bagai hidup semula. Dirinya terkejut. Jantung bagai gugur serta merta. Mungkin tidak percaya apa yang dipandangnya di hadapan. Ahli-ahli keluarga berebut-rebut bersalaman dengan Pak Imam. Mukanya berseri-seri. Janggutnya putih. Jubah putih. Rambutnya ada yang berwarna putih. “Inikah pengantin hari ini?” tegur selamba Ustaz Saad.

“Pak Ustaz... Kabar baik, pak... usta... ustazz...” jawab Nabil mengigil. Jamilah juga terkebil-kebil melihat dan dia juga mengingati kelibat orang yang ditemuinya di kedai buku 2 bulan lalu. “Oh! Sebelum tu, saya suka mendengar bacaan Al-Quran dari pengantin lelaki. Mudah-mudahan kita dapat mengambil manfaat dari bacaan pengantin” cadang Ustaz Saad. Kelihatan orang ramai mengiyakan. Maklumlah, ustaz Saad merupakan antara orang dikenali oleh ahli-ahli kariah sebagai penceramah tetap setiap hari Khamis selepas maghrib.

Nabil menelan air liur. Baginya inilah saat paling menyeramkan bagi dirinya... Peluh membasahi baju melayu satin berwarna putih. “Ss... su... surah apa ustaz?” Nabil cuba mengagahkan diri. Jamilah masih melihat dari tepi tirai. Memegang kepalanya. Seperti merasa sesuatu yang tidak kena berlaku kepada bakal suaminya Nabil. “Oh, ayat yang mudah je! Baca 3 ayat dari Surah Ar-Ra’d” kata ustaz Saad sambil menunjukkan baris giginya yang putih hasil bersugi setiap solat mengikut sunnah nabi.

“Surah Ar-Ra’d... Surah Ar-Ra’d ... Apa benda nih???!!!” detik hati Nabil. “Bismillahirrahmaanirrahim... Alll... Maaa... Riii...!!!” berlagu Nabil membacanya.

Gempar satu rumah pengantin perempuan. Ada yang keluar dari rumah menahan gelak. Ada yang mengeluarkan air mata menahan kelucuan. Ada yang menggeleng-geleng kepala. Ibu bapa Jamilah merah padam wajahnya. Jamilah entah ke mana, mungkin berpura-pura ke tandas.

“Baru ustaz tahu ada kalimah almari di dalam Al-Quran. Nabil, cara bacanya seperti begini : A’uzubillahiminnassyaitaanirra jiiim... Bismillahirrahmanirrahim... ALIF... LAMM... MIMMM... RAA...” kedengar suara gemersik Ustaz Saad. Orang ramai kelihatan ingin mendengar lebih banyak lagi alunan irama A-Qurannya.

Nabil berasa seperti kilat menyambar kepalanya.

“Nabil, kamu jangan merendah-rendahkan kitab petunjuk iaitu Al-Quran. Ia hendaklah dibaca bukan sekadar dijadikan hantaran. Malah lebih malang perlakuan seperti ini seolah-olah menghina Al-Quran. Beli Al-Quran kemudian letak di tempat-tempat tinggi seolah-olah ia sudah cukup bagi seorang muslim” tazkirah sudah bermula. Orang ramai memang senang cara penyampaian Ustaz Saad.

“Tinggi mana pun kamu belajar, tiada gunanya kitab yang tidak berubah ini tidak mampu kamu baca. Kitab ini pasti begini rupanya, ayatnya tetap sama. Malah, ketahuilah Allah akan menjaganya sehingga hari kiamat. Nabil, kalau kamu tahu orang-orang yang mengaku kitab Al-Quran sebagai kitab petunjuk kemudian diabaikan dia pasti dilaknat oleh Al-Quran itu sendiri. Tetapi beruntungnya orang-orangnya memanfaatkan Al-Quran setiap hari, membacanya, menghafalnya, mengamalkan, menjadikan hati terlalu tenang walapun dia bukannya seorang yang tinggi pelajarannya, kaya hidupnya dan sebagainya...” penutup Ustaz Saad sudah dikagumi orang terutama yang mengikuti ceramahnya.

Hari semakin cepat berlalu. Nabil sudah melalui hari-hari yang indah. Kitab Al-QUran yang menjadi hantaran pertunangan sudah menjadi diari kehidupannya yang aktif setiap hari. Handphonenya berbunyi, ada SMS yang baru diterimanya, dia membuka SMS tersebut : “Jangan lupa datang rumah ustaz malam ni. Kita belajar sama-sama. Jangan lupa bawa isteri sekali ya Nabil.” SMS dari ustaz Sa’ad tiba. Jamilah senyum di sisi suaminya, Nabil.

....................................

TAZKIRAH

Rasulullah SAW bersabda : “Bila seseorang lelaki itu mati dan saudaranya sibuk dengan pengebumiannya, berdiri lelaki yang betul-betul kacak di bahagian kepalanya. Bila mayatnya dikapan, lelaki itu berada di antara kain kapan dan si mati.

Selepas pengebumian, semua orang pulang ke rumah, 2 malaikat Mungkar dan Nakir, datang dalam kubur dan cuba memisahkan lelaki kacak ini supaya mereka boleh menyoal lelaki yang telah meninggal itu seorang diri mengenai ketaatannya kepada Allah.

Tapi lelaki kacak itu berkata, “DIA ADALAH TEMANKU, DIA ADALAH KAWANKU. Aku takkan meninggalkannya seorang diri walau apa pun. Jika kamu ditetapkan untuk menyoal, lakukanlah tugasmu. Aku tidak boleh meninggalkannya sehingga aku dapati dia dimasukkan ke dalam Syurga.”

Selepas itu dia berpaling kepada temannya yang meninggal dan berkata, “Aku
adalah Al-Quran, yang mana kamu membacanya, kadang-kadang dengan suara yang nyaring dan kadang-kadang dengan suara yang perlahan. Jangan bimbang. Selepas soal siasat dari Mungkar dan Nakir, kamu tidak akan bersedih.” SELEPAS SOAL SIASAT SELESAI, lelaki kacak mengatur untuknya daripada Al-Mala'ul A'laa (malaikat dalam Syurga) tempat tidur dari sutera yang dipenuhi bauan kasturi.”

Rasulullah SAW bersabda : “DI HARI PENGADILAN, DI HADAPAN ALLAH, TIADA SYAFAAT YANG LEBIH BAIK DARJATNYA DARIPADA QURAN, MAHUPUN DARI NABI ATAU MALAIKAT.”

Sila sebarkan Hadis ini kepada semua... kerana

“Sampaikan pengetahuan dariku walaupun hanya sepotong ayat...”

Read more...

Sunday, October 4, 2009

Selamat Menghadapi Peperiksaan PMR

Pihak admin ingin mengucapkan SELAMAT MENJALANI PEPERIKSAAN PMR 2009 kepada calon-calon PMR SMK Selandar. Semoga kalian beroleh keputusan yang cemerlang demi agama, bangsa dan negara seterusnya dapat menaikkan imej sekolah di mata masyarakat setempat dan sekeliling...

Majlis Dambaan Restu PMR 2009 akan diadakan pada :
TARIKH : 6 OKTOBER 2009
MASA : 12.00 TENGAHARI
TEMPAT : DATARAN BUDAYA, SMK SELANDAR.

Read more...

Wednesday, September 30, 2009

Ganjaran Khas Pendidik


(Dipetik dari Utusan Malaysia)

PORT DICKSON 18 Sept. - Kerajaan akan mengumumkan satu bentuk ganjaran khas kepada seluruh warga pendidik berdasarkan prestasi mereka menjelang Oktober ini.

Timbalan Menteri Pelajaran, Dr. Mohd. Puad Zarkashi (gambar) berkata, ia selari dengan hasrat kerajaan mempertingkatkan akses pengajaran dan pendidikan berkualiti di negara ini.

''Ia masih pada peringkat penelitian yang kini sudah hampir 90 peratus selesai dibincangkan di bawah perincian Bidang Keberhasilan Utama Negara ketiga (NKRA-3).

''Saya yakin ia akan diumumkan sendiri oleh Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada bulan depan," kata beliau.

Mohd. Puad berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri program perjumpaan khas bersama warga pendidik daerah Port Dickson di sini malam tadi.

Beliau memberitahu, ganjaran itu akan diberikan kepada sekolah, pengetua dan guru di seluruh negara yang mempamerkan prestasi cemerlang.

''Mana-mana sekolah, guru besar, pengetua dan guru yang menunjukkan prestasi cemerlang, layak untuk diberikan ganjaran berkenaan.

''Inisiatif ini adalah untuk memberikan ganjaran kepada warga pendidik yang komited dalam membantu kerajaan bagi membentuk sekolah berprestasi tinggi menjelang 2012,'' katanya.

Menurutnya, dengan ganjaran itu, warga pendidik tidak lagi perlu memikirkan atau menunggu pemberian bonus serta kenaikan pangkat.

Dalam perkembangan lain, Mohd. Puad memberitahu, kementerian itu akan mewujudkan sebuah unit khas dalam memperincikan soal pembangunan pendididkan luar bandar.

''Menerusi unit ini, kita yakin ia mampu merapatkan jurang pendidikan antara sekolah di bandar dan luar bandar.

''Unit ini juga akan berfungsi mempertingkatkan bukan sahaja keadaan fizikal sekolah di luar bandar dari segi infrastruktur dan kemudahan malah termasuk soal pemantapan pengisian pendidikan di kawasan terlibat," jelas Mohd. Puad.

Read more...

Monday, August 10, 2009

Cegah H1N1

Sila klik pada imej untuk melihat paparan dengan lebih jelas.



Read more...

Tuesday, July 21, 2009

Karangan Melampau

AMARAN : Anda dilarang sama sekali menggunakan laras bahasa yang tak masuk akal ini ke dalam karangan bahasa Melayu anda. Ini hanyalah sekadar hiburan semata-mata




Karangan Melampau

Pagi itu pagi minggu. Cuaca cukup sejuk sehingga mencapai takat suhu beku. Sebab itu saya tidak mandi pagi sebab air kolah jadi air batu dan air paip tidak mahu keluar sebab beku di dalam batang paip. Pagi itu saya bersarapan dengan keluarga di dalam unggun api kerana tidak tahan sejuk. Selepas itu emak saya mengajak saya menemaninya ke pasar. Tetapi saya tidak mahu.

Selepas emak menikam perut saya berkali-kali dengan garfu barulah saya bersetuju untuk mengikutnya. Kami berjalan sejauh 120 kilometer kerana pasar itu letaknya 128 kilometer dari rumah. Lagi 8 kilometer nak sampai pasar saya ternampak sebuah lori kontena meluru dengan laju dari arah belakang.


Dia melanggar emak saya. Emak saya tercampak ke dalam gaung. Dia menjerit “Adoi!”. Lepas itu emak saya naik semula dan mengejar lori tersebut. Saya pun turut berlari di belakang emak saya kerana takut emak saya melanggar lori itu pula. Pemandu lori itu nampak kami mengejarnya. Dia pun memecut lebih laju iaitu sama dengan kelajuan cahaya. Kami pula terpaksa mengejar dengan lebih laju iaitu sama dengan dua kali ganda kelajuan cahaya. Emak saya dapat menerajang tayar depan lori itu. Lori itu terbabas dan melanggar pembahagi jalan lalu bertembung dengan sebuah feri. Feri itu terbelah dua.

Penumpang feri itu yang seramai 100 orang semuanya mati. Pemandu feri itu sangat marah. Dia pun bertukar menjadi Ultraman dan memfire pemandu lori. Pemandu lori menekan butang khas di dalam lori dia..lori itu bertukar menjadi robot Transformer. Mereka bergaduh di udara. Emak saya tidak puas hati. Dia pun terus menyewa sebuah helikopter di Genting Highlands dan terus ke tempat kemalangan. Dia melanggar pemandu feri yang telah bertukar menjadi Ultraman itu.

Pemandu feri itu terkejut dan terus bertukar menjadi pemandu feri semula lalu terhempas ke jalanraya. Pemandu feri itu pecah. Pemandu lori sangat takut melihat kejadian itu. Dia meminta maaf dari emak saya. Dia menghulurkan tangan ingin bersalam. Tetapi emak saya masih marah. Dia menyendengkan helikopternya dan mengerat tangan pemandu lori itu dengan kipas helikopter. Pemandu lori itu menjerit “Adoi..!” dan jatuh ke bumi. Emak saya menghantar helikopter itu ke Genting Highlands. Bila dia balik ke tempat kejadian, dia terus memukul pemandu lori itu dengan beg tangannya sambil memarahi pemandu lori itu di dalam bahasa Inggeris.

Pemandu lori itu tidak dapat menjawab sebab emak saya cakap orang putih. Lalu pemandu lori itu mati. Tidak lama kemudian kereta polis pun sampai. Dia membuat laporan ke ibu pejabatnya tentang kemalangan ngeri itu. Semua anggota polis di pejabat polis itu terperanjat lalu mati. Orang ramai mengerumuni tempat kejadian kerana ingin mengetahui apa yang telah terjadi. Polis yang bertugas cuba menyuraikan orang ramai lalu dia menjerit menggunakan pembesar suara. Orang ramai terperanjat dan semuanya mati.

Selepas itu emak saya mengajak saya ke pasar untuk mengelak lebih ramai lagi yang akan mati. Di pasar, emak saya menceritakan kejadian itu kepada penjual daging. Penjual daging dan peniaga-peniaga berhampiran yang mendengar cerita itu semuanya terkejut dan mati. Saya dan emak saya terus berlari balik ke rumah. Kerana terlalu penat sebaik saja sampai di rumah kami pun mati. Itulah kemalangan yang paling ngeri yang pernah saya lihat sebelum saya mati.

>>dipetik dari Majalah Lawak Antarabangsa 1995/96

Read more...

Tuesday, July 14, 2009

Lagu Rasmi Sekolah


DINAMIS DAN DEDIKASI

Bersatu dan berikrar
Berjanji pada diri
Meningkatkan prestasi
Dinanmis dan dedikasi

Berbudi bahasa bersopan santun
Hormat guru, ibubapa
Belajar dengan tekun
Menjaga imej sekolah

Rintangan serta cabaran
Semangat tetap berkobar
Berdisiplin berjiwa waja
Janji akan ditunaikan

Read more...

Sejarah Ringkas dan Latarbelakang SMK Selandar


Selandar, sebuah kawasan yang agak terpencil dari Kota Melaka Bandaraya Bersejarah mahupun dari pekan kecil Jasin. Kedudukan geografinya serta taraf hidup penduduknya yang agak rendah, telah mewujudkan pelbagai implikasi dan masalah terhadap peluang melanjutkan pelajaran bagi pelajar yang berkebolehan.


Ramai pelajar lepasan darjah 6 dari sekolah-sekolah yang berdekatan kawasan Selandar terpaksa ke sekolah-sekolah di kota Melaka atau pun Jasin untuk menenruskan pengajian sekolah menengah mereka.masalah pembaziran masa, pengangkutan dan kewangan telah menambahkan lagi rintangan terhadap peluang pelajar-pelajar dari kawasan ini untuk menunjukkan kemampuan dan kebolehan mereka dalam pelajaran dan ko-kurikulum. Menyedari hakikat ini, sebilangan tokoh tempatan telah mengemukakan cadangan kepada kerajaan untuk membina sebuah sekolah menengah bagi mengatasi kepincangan yang dihadapi.


Sekolah Menengah Selandar yang terletak 0.3 km dari pekan Selandar telah memulakan era sejarahnya dengan pengambilan seramai 159 orang pada 1 Januari 1980, di mana kakitangan dan pelajar Sekolah Menengah Selandar yang telah di tempatkan buat sementara waktu di Sekolah Kebangsaan Selandar dengan 12 orang guru dan seorang pekerja. Seterusnya di dalam tahun yang sama bangunan sekolah telah siap dibina bagi membolehkan pelajar-pelajar meneruskan pendidikan di bangunan sendiri.


Sekolah Menengah Selandar telah dirasmikan oleh YAB Dato’ Sri Rahim Tamby Chik, Ketua Menteri Melaka pada 1 April 1986.

Read more...
Related Posts with Thumbnails

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP